Dapat menjamah sikit buah kundang Jumaat lepas. Si Mat Gadget yang bawa ke office beli kat pasar katanya. Saya memang suka buah kundang ni, rasa dia macam buah pelam kan. Tengah musim buah kundang agaknya sekarang ni.

Sedikit info mengenai buah kundang yang saya google di Wikipedia

Kundang juga dikenali sebagai Kemior merupakan sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.

Kenapa buah kundang dipanggil buah kundang sedangkan warna dia oren ek? Kenapa tak panggil buah oren? hehehe~ Sila jawab😉

post signature