Entri kurun ke 13 ;p

Orang lain dah berderet2 masukkan gambar dalam FB, tapi saya sangat slow nak buat entri pasal ni kan. Ok, entri tertunggak ni, PTP Annual Dinnner 2009 yang diadakan pada 31 Januari 2009 di Persada Convention Center, Johor Bahru.

Pengacara jemputan DJ Kudin. Siapa dia? Saya pun tak kenal. Tapi dia ok la, handle majlis malam tu.

PTP meraikan pekerja2 yang dah berkhidmat selama 10 tahun di PTP. Ada lebih kurang 130++ tak silapnya.

Masing2 dapat Sijil Simpanan Premium BSN. Kami berdua belum cukup 10 tahun lagi jadi duduk bawah diam2 ya.


Masa untuk memotong kek..


Kawan2 semeja saya. En. Nazir duduk semeja dengan kawan2 dia. Jadi kamera semua pada dia. Saya tumpang selit sikit2 je la.

Persembahan pertama, zapin dari adik2 comel dan juga nyanyian dari budak baju melayu pink tu. Best suaranya.

Persembahan tarian oleh penari2 Yayasan Warisan Johor. Aduhai lemah gemalai kalah saya ni ha hehehe~

Food presentation from Puteri Pan Pacific. Alhamdulillah kenyang dan boleh tahan sedap.

Artist performance yang ditunggu2.. Hari tu saya duk sibuk meng’google’ siapa artis yang bernama Bihar.


Inilah dia Bihar, artis baru belum ada album sealiran dengan Yuna kot. Eh, pandai2 je saya ni. Tapi memang pun, lagu dia lebih kurang Yuna.

Artis seterusnya, Dato’ Khatijah Ibrahim. Suara dia memang mantop. Gambar2 ni semua En. Nazir yang snap. Saya duduk diam2 je kat meja.

Yang teramat2lah dinantikan, Spider. Memang best, sampaikan ke bunyian gitar terakhir kami tunggu ;p

Oh yang ini bukan artis ya, ni boss saya yang diarahkan untuk buat cat walk. Game ni before artist performance. Tiga orang staff lelaki kena panggil ke depan dan yang perempuan tukang solek. Lepas solek kena buat cat walk, siapa yang dapat jeritan yang kuat dikira menang. Comel je kan Capt. hehehe~

Hadiah utama untuk lucky draw sebuah motorsikal Yamaha LC, budak Operation Department yang dapat. Rezeki dia kan. Hadiah2 lain, Canon DSLR, blackberry, set bilik tidur, home theatre lagi apa entah. Kami tak berapa lucky la hari tu. Bawa balik door gift je la🙂

Majlis tamat lebih kurang pukul 12 lebih.


Saya dan dia ;p

Saya dan geng2 makan🙂

Ni panglima mana entah tersesat, Hang Lekuk agaknya hahahaha~

Oh ya, best dress of the nite En. Nazir tak ambil pun gambarnya katanya bateri weak. Cheh~ dah pesan awal2 suruh charge dia degil. Finalist2 untuk best dress pun memang yang dijangkakan, dan saya berpuas hati dengan pemenangnya ;p

Itu saja, tamat!

post signature