Pengumuman untuk sesiapa yang sama seperti saya yang masih tak jemu mengejar cita2 untuk menjadi guru, Permohonan KPLI-SR telah dibuka.

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) di website KPM http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010.

Permohonan online dibuat menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010. Ada lebih kurang 15 hari lagi. Sila bertindak dengan cepat, tak salah kita mencuba berjuta kali asalkan umur kita tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975. Nasib baik umur saya baru 20 tahun ;p

For more info please visit below link:

PERMOHONAN KPLI-SR

Selamat mencuba kawan2. Semoga apa yang kita impikan tercapai dan semoga pilihan saya kali ini diperkenankan oleh-Nya. Amin.

[nota untuk En. Nazir: jangan lupa ya belikan no pin kat BSN Taman Perling, bukan kat Pejabat Pos Gelang Patah tau hehehehehe~]

post signature