Dah seminggu Mai dan Hafiz jadi pengantin baru hari ni tertaip entri ni. Saya bahagikan kepada 2 bahagian. Ini entri sebelum bertolak dan persinggahan kami. Banyak sangat gambar sampai tak tercerita. Nak tengok lebih banyak gambar, tunggu En. Nazir update blog dia🙂 Entah zaman bila tu saya tak pasti hehehe~

Ni masa baru nak keluar rumah, plan keluar awal tapi atas masalah kesihatan emak, kami tunda lewat sikit. Ayu tak ikut, dia temankan emak di rumah. Mak Anjang dan anak2 tumpang kereta kami, nasib diorang tak berapa baik pagi tu sampai saja depan rumah emak kereta buat hal. Mok De pula naik satu van anak beranak.

Masa ni kami singgah berhenti di Tol Pagoh, masing2 nak terkucil. Rehat sekejap kesian En. Nazir kepenatan. Nampak ada orang jual jambu air, teringat kat emak yang suka jadi saya belikan sebungkus jambu. Ada la dalam sekilogram beratnya.

Untuk kami basah2kan tekak, saya beli jambu air dan jambu batu yang ditabur serbuk asam.

Masa duk membelek gambar yang diambil secara curi oleh En. Nazir, baru saya perasan ada sorang makcik ni pakai baju dan tudung yang mirip2 warna baju dan tudung saya hehehe~ Tu yang saya bulatkan tu. Siap saya view besar2 lagi nak pastikan. Warna sama corak je yang berbeza. Adakah makcik ni juga nak pergi kenduri kahwin Mai? hehehe~ Setahu saya, family je yang pengantin suruh pakai tema oren. Belek2 muka makcik ni, memang bukan dari kaum kerabat kami. Kebetulan tersama🙂

Lepas dah beli jambu semua tu, kami pun meneruskan perjalanan. Sambung next entri ya, mata saya dah mengantuk ;p

post signature