Malam tadi saya tidur awal, memang dua tiga hari ni penat yang amat. Kepala pusing je, maybe tak cukup rehat. Lepas je En. Nazir pergi main badminton, saya pun terus lenyap dari alam nyata ;p Masa En. Nazir balik saya sedar tapi terus je tidur semula.

Dalam pukul 3.42am adik saya Anna call. Terus rasa berdebar2, dalam otak fikir emak je tak ada lain. Ingatkan apa yang jadi dengan emak, coz semalam tengok ok je. Rupa2nya Anna beritahu yang rumah Mak Anjang, nyaris2 kena rompak. Mak Anjang ni makcik saya yang pernah saya paparkan home deco rumah dia dalam entri ni. Anna bagitahu yang dia dan ayah nak ke rumah Mak Anjang. Saya pun kejut En. Nazir kebetulan dia pun nak pergi sama. Rasa takut pula nak tinggal sorang2 dah dengar berita ni, saya pun ikut sekali.

Sampai di rumah Mak Anjang, En. Polis, ketua kampung dan orang2 kampung dah berkumpul. Kami terus tanya apa yang terjadi. Rupa2nya perompak tu nak masuk rumah Mak Anjang melalui tingkap dapur. Cuba tengok gambar kat bawah tu.

Dalam pukul 3am sepupu saya terjaga bila terdengar bunyi berdenting2 kat dapur. Bila dia jengah dapur, rupa2nya sorang perompak tengah berusaha keras nak masuk dari tingkap. Tiga keping cermin tingkap dah selamat dibuka dan palang2 besi dah digunting. Kiranya memang tepat pada masanyalah sepupu saya terjaga. Kalau tak mungkin dia dah selamat masuk dalam rumah. Sepupu saya terus menjerit nak sebut mak dan ayah pun tak terkeluar sebab dah tergamam katanya. Bila dah tahu tuan rumah terjaga dan dah bertentang mata terus je perompak larikan diri. Tak pasti perompak tu ada berapa orang.

Tengok tu habis semua diguntingnya. Kurang asam betul punya perompak. Sebenarnya, dapur Mak Anjang saya betul2 depan tingkap ni dan kebetulan ada periuk lauk kat atas dapur. Si perompak sempat keluarkan periuk lauk yang berisi tomyam tu. Sebelum masuk tomyam2 tu sempat dibedal.

Ini buktinya, dah tinggal sikit isi tomyam diorang kerjakan. Sabar je la kan si perompak ni. Mungkin diorang nak kena ilmu pukau tapi bila tuan rumah dah terjaga, sah2 ilmunya tak menjadi.

Ini dia satu lagi bahan bukti yang tertinggal, sebilah parang. Dah nak cepat cabut lari sampai parang dia pun tertinggal. Bahaya betullah perompak2 sekarang ni, masing2 berbekalkan senjata2 bahaya. Dua hari lepas, kawasan yang sama juga dah kena rompak dua buah rumah yang jadi mangsa. Kebiasaannya mangsa2 akan diikat dan diacu dengan parang atau apa2 alatan tajam. Perompak ni buat semua orang tak senang tidur. Sepupu saya kata dia boleh ingat muka perompak tu, muka boleh tahan handsome, badan kecil2 saja. Kalau muka handsome tapi kerja merompak apa guna ye tak.

Peringatan untuk semua, terutamanya penduduk sekitar Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah, sila berhati2 kerana perompak dah mula mengganas lagi. Diorang dah tak kira siang malam asal sempat je diorang mulakan operasi merompak. Diorang memang dah tak ada kerja lain selain merompak. Operasi berjaga malam oleh penduduk kampung masih diteruskan. Ayah saya pun join operasi berjaga di taman sebab kawasan rumah kami pun adalah kawasan rompakan juga. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 yang tak diingini berlaku.

post signature