Saya pernah buat entri pasal visitors yang mencari review bilik Ahmad Berdaki melalui keyword Nuffnang pada bulan November 2009. Dua hari lepas entri tu keluar sehingga hari ni ada lebih kurang 30 komen dari minah Jepun ke Korea entah, yang rajin menjengah entri tu. Saya pun tak pasti tu tulisan Korea ke Jepun.

[klik untuk tumbesaran]

Adakah diorang faham tulisan Melayu atau diorang main terjah je hehehe~ Itu pun saya tak berapa nak pasti. Saya cuma agak yang Ahmad Berdaki tu ada pertalian darah dengan diorang ni kot.

Maaf la kalau entri ni tak memberi apa2 manfaat pada pembaca. Saya masih kebengongan lagi. Banyak entri tertangguh especially entri my cousin’s wedding and PTP Annual Dinner 2009. Kalau ada masa malam ni saya update, kalau tak tunggu la bila masa ada😉

post signature