Esok hari terakhir untuk rakyat Johor berkabung bagi menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Biar pun tiada paksaan, tapi kami tetap berkabung sebagai tanda hormat pada pemerintah negeri.
Hari Sabtu lepas memang plan nak keluar, nak cari baju kat Butik First Lady, maklumlah majlis kahwin sepupu hujung minggu ni. Sebelum keluar ke bandar, kami sempat singgah kedai yang memang saya rajin terjah di Gelang Patah ni Kedai Chop Chin Aik. Adik saya selalu gelakkan saya kalau sebut nama kedai ni. Tujuan utama, mestilah nak beli ribbon putih untuk letak pada songkok En. Nazir tu. Memang ramai yang terjah kedai ni rupanya, semuanya nak mencari ribbon putih, kain putih, kain hitam.

Saya tunggu dalam kereta je, malas nak turun. Jadi mamarazzi dari dalam kereta je la hehehe~

Ni dia, En. Nazir yang baru keluar dari kedai. Kedai ni charge RM2 untuk 2 lembar ribbon.

Haa ni la rupa orang nak pergi shopping sambil berkabung. First time pergi shopping pakai songkok ya cik abang hehehe~

Saya pun pakai tudung putih tau. Tema hitam putih lagi hari tu hehehe~ Hari ni pun pergi kerja masih pakai tudung putih. Nasib baik ada tiga helai tudung putih, dapat la bergilir2 pakai.

Mula2 kami terjah ke Butik First Lady di Plaza Larkin, memang dalam butik tu ada orang cuma tak buka je lagi. Tunggu je la kat luar dulu dengan harapan terbuka la nanti. Sekali tengok macam tak beroperasi je. Terus En. Nazir tanya dengan sorang staff lelaki kat situ, rupanya diorang tak buka kedai la. Terus rasa hampa dan bawa diri ke Kip Mart Tampoi.

Sampai Kip Mart Tampoi, terus terjah dari satu kedai ke satu kedai. Warna temanya oren, jadi nak mencari baju oren la ni. En. Nazir dah selamat beli t-shirt oren. Ada satu dress labuh berlabuci warna oren tapi saiz M pulak tak muat besar sangat. Cheh~ perasan kecil. Memang cantik dress tu tapi sayang seribu kali sayang. Cari lagi, last2 jumpa baju oren juga. Ok, memang sesuai la. Muat2 je bila pakai. Nanti tunggu saya gayakan baju tu hari Sabtu ni ya.

Hmmm.. baju pergi dinner masih tak decide lagi.. pakai kebaya je la rasanya😉

post signature