Malam tadi punya cerita, lepak kat rumah emak lepas balik kerja. Memang masing2 kepenatan agaknya, jadi macam2 aksi ada.

Ayah baru balik kerja, sempat picit2 badan emak sekejap, lepas dia duk menempel tepi emak pulak. Dah la katil tu kecil, dia menyelit pulak hehehe~ Kesian emak tersepit kat situ.

Ayah saya ni jarang marah, yang dia tahu cuma menyengih je. Susah nak tengok dia marah kalau tak ada benda yang betul2 serious. Nak tengok dia marah anak2, lagi la susah.

Sedikit update mengenai emak saya, sekarang ni selera makan masih tak menentu. Kalau hari ni selera, esok lusa belum tentu selera makan ada lagi. Kadang2 berpaksa juga, kalautak nanti sakit perut. Minggu lepas terpaksa bawa ke klinik sebab dah kena gastrik pulak. Harap2 tak serious la gastrik tu.


Anak sulungnya pulak dah dah boleh tahan lagi penat, maka terbaringlah dia kat atas sofa.

Lagi syahdu, menantu sulungnya dah tertidur depan tv. Tidur terlungkup sambil pegang hand phone.


Anak kedua, dah terselit celah bantal. Masing2 landing atas sofa.

Yang bongsu, ada pulak kawan datang kalau tak sure entah kat ceruk mana duduknya. Inilah kami malam tadi😉

[auto publish]

post signature