Saya melabelkan diri sendiri sebagai pelanggan tetap Butik Nara hehehe~ Perasan sudah. Geli je kalau Kak Nara baca. Semalam balik dari kerja terus tuju ke letter box, nak tengok dah sampai ke belum anak tudung faradeeba yang saya order dari Butik Nara.

Yess. dah sampai rupanya. Tak tunggu lama terus ambil dan buka. Try depan cermin sekejap. Hmmm, nampak selesa dipakai. Apa pun tunggu my next entry ya, entry khas review untuk anak tudung dari Butik Nara ni.

Tak janji bila boleh keluar entry nya. Sebab sedang kemalasan nak mencuba kat rumah. Kalau ada yang berkenan boleh terjah Butik Nara ya. Jom bershopping secara berhemah!🙂

[auto publish]

post signature