Sebelum berceloteh panjang lebar, saya nak bagitahu awal2, saya bukanlah expert di dapur tapi kalau ada tips atau petua elok juga dikongsi bersama. Betul tak? hehehe~ Kalau rasa berguna ikut kalau rasa tak berguna just ignore je. Saya bukan sempurna di dapur, tapi saya berusaha untuk menjadi sesempurna yang saya mampu.

Saya pasti ramai yang dah amalkan tips ni especially bagi isteri2 yang bekerjaya. Tentunya masa kita didapur terhad pada hari2 bekerja termasuklah saya. Kalau boleh bila sampai rumah tu, segala bahan2 dah tersedia sebelum memasak.

Kali ni saya nak share dengan kawan2 tips yang diajar oleh emak saya sendiri. Memang dari dulu emak saya buat macam ni, walaupun dia seorang surirumah sepenuh masa.

Tipsnya mudah untuk menjimatkan masa:

  • Pastikan lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan juga halia telah siap di blender dan simpan stok dalam peti sejuk. Contoh seperti gambar di bawah.

Bukan apa, kalau kita dah penat2 balik kerja time tu la baru nak kupas bawang, baru nak gunting lada kan ke macam melambatkan kerja. Kalau dah siap awal2 senang, terus je lebur dalam periuk. Bagi saya masa yang sesuai untuk saya sediakan stok2 ni bila weekend. Masa tu la banyak sikit masa terluang. Jadi apa salahnya kita luangkan masa untuk penyediaan bahan2 masakan untuk minggu akan datang. Kalau habis, top up lagi minggu depannya.

  • Untuk lada yang telah diblender, lebih elok kalau dimasak dulu supaya ia lebih tahan lama. Ini yang emak saya bagitahulah, tapi memang terbukti, ia lebih tahan lama berbanding yang tak dimasak.
  • Ikan, ayam, udang atau sotong pun sebenarnya boleh juga di bersihkan lebih awal dan dibekukan. Bila nak masak nanti semuanya dah siap tinggal call sesiapa yang ada di rumah untuk defross kan semula.
  • Pastikan juga segala macam bekalan rempah ratus mencukupi sekurang2nya untuk sekali masak. Sekadar ingin berkongsi, tahun lepas saya pernah menghadiri satu kursus mengenai ‘account budgeting’ penceramah menasihati peserta supaya tidak menyimpan terlalu banyak stok si rumah. Ia sebenarnya adalah satu pembaziran. Beli apa yang diperlukan sahaja. Maknanya, tak payah la kita nak jimat masa sampai beli berbungkus serbuk kari yang mana sampai satu masa, tarikh luput ke mana serbuk kari ke mana.
Ok, itu saja tips yang saya nak kongsi untuk kali ini. Insya’Allah kalau ada lagi yang terbit di minda saya kongsikan lagi. Bak kata Melz.. “Sharing is Caring” hehehe~

[auto publish]

post signature