***Entri masak2 dan makan2.. sekadar berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca.. sesiapa yang agak2 tak berapa berkenan tengok entri masak2 saya.. faham sendirilah ya.. klik X***

Malam Sabtu lepas terjumpa adik best friend masa sekolah2 dulu kat kedai. Kat tangan dia menjinjit ikan siakap ada la dalam 3 4 ekor. Sekali dengan murah hatinya dia bagi kami sekor ikan siakap. Rezekikan, boleh tahan besarnya. Last week dah masak siakap stim untuk emak, jadi kali ni masak kat rumah sendiri pula. Fikir punya fikir apa nak dimasak ek. Nak masak sweet sour or tiga rasa macam dah selalu sangat. Last2 saya bakarkan je.

Ni lah ikannya, terrrrbaik dari laut hehehe~ Siap dibersihkan segala isi perut sisik menyisik semua, saya belah dua. Kenapa belah dua? Sebab kuali makcik ni cenonit je, mana muat nak sumbat ikan ni sekor.

Lepas tu balut dengan aluminium foil, pastikan disapu sikit minyak pada aluminium foil tu, untuk mengelakkan dari ikan melekat pada permukaannya. Masukkan dalam kuali dengan api yang sederhana. Peralatan rumah tak berapa nak cukup, guna apa yang ada janji ikan nampak terbakar ;p Kalau boleh tutup dengan tudung periuk supaya cepat sikit masak.

Dua bungkus ikan yang dah siap dibakar. Gambar ikan yang dah siap bakar mana entah hilang, tak ada dalam hand phone hehehe~

Ikan ni bukan dimakan begitu saja ya, saya buat kuah untuk dicicah. Saya buat air asam. Pasti ramai yang dah tahu cara buat air asam yang meletop. Bagi saya, ni apa yang emak saya ajar la.

Bahan2nya, air asam biar pekat, digaul dengan belacan yang dibakar, potong cili padi, potong mayang bawang sure meletops punya rasa dia. Sampaikan melekat bau belacan kat jari jemari hehehe~

Ikan bakar ni of course la main menu untuk saya. Kesian pulak En. Nazir nak makan lauk yang macam ni juga walaupun dia tak kisah. Jadi saya tambah dengan menu sambal tumis sotong, sayur campur, telur masin dan sambal tomato. Sambal tomato pun mudah saja, buat samabal belacan macam biasa dan tambahkan sebiji tomato. Makan dengan nasi panas, memang menyelerakan.

Selamat mencuba!😉

post signature