[pic credit to budiey.com]

Semalam punyalah feeling habis tengok Cinta Balqis final Episode tu. Ingatkan Hassan dah nak mati. Rupanya hidup lagi ha sempat lagi pakai baju songket merah idaman Mak Biah dan Mak Wok hehehe~ Macam biasa la saya kalau tengok cerita macam ni, nangis kadang2 over dari pelakon. Kalau orang lain boleh tengok dengan relax nya, saya tak. Saya memang tangkap leleh punya kadang2 siap tersedu sedan lagi. En. Nazir tukang geleng kepala je la tengok. Nasib badan la En. Nazir dapat wife yang gembeng ni. Redha je la ya hehehe~

Saya yang memang mengikuti cerita ni, rasa puas hatilah sebab happy ending. Tak tahulah orang2 lain yang tengok. Mungkin pendapat kita berbeza. Ada yang kata macam tak best, ada yang kata best. Tapi ke mana perginya Mukriz, Senah the Joyah, Mimi aand Ray??? Apa kjdi dengan diorang ek?

Sambil tengok Cinta Balqis sambil prepare bahan2 nak buat kue tiaw goreng. Jadi semalam dinner kami dijamu dengan Kue Tiaw Goreng Cinta Balqis. Gambar lupa sangat nak snap sebab dah kebuluran. Memang menangis makan kue tiaw ni, sebab terlebih pedas kiranya memang sesuai la tajuknya hehehe~ Lepas makan2, lipat baju yang setinggi Gunung Everest terus terbongkang. Tinggal En. Nazir je yang online. Nak layan Awan Dania pun tak sempat dah.

Oh~ saya sangat suka lagu Suara Rindu ni Azad Jazmin tu Ray kan? .. sempat juga meng’google’ liriknya.

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

[credit to: belia muda]

Lagu ni best juga.. Istana Cinta nyanyian Eira Syazira..

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

[credit to: belia muda]

Kawan2.. hargailah “cinta sejati yang ada depan mata kita”

Tetiba layan jiwang pagi2 sambil menahan mata yang perit ;p

post signature