Tiba2 tengah syok online last saturday, terasa suasana kat luar rumah tak aman damai macam biasa. Sebelum ni memang susah nak jumpa budak2 main2 macam ni. Tapi petang tu mak oi sekali jengah tingkap. Ada satu pasukan kanak2 tengah main rounders. Budak2 ni semua confirm bukan anak2 jiran saya ni. Ni semua anak2 orang Jalan Juragan.

Bukannya apa saya takut bola yang diorang pukul tu terkena tingkap rumah or kereta orang yang parking kat situ. Kalau dah pecah kang satu hal pula. Jadi saya pun panggil la sorang budak perempuan ni, dia anak guard and cleaner kat blok kitorang tu.

Saya suruh diorang main kat padang yang terbentang luas tu, tapi budak tu kata,

“Ala, kitorang main guna bola kertas je kak, tadi kitorang main kat blok depan tapi ada makcik tu suruh kitorang main kat sini”

Dalam hati kata, “Wah, pandai betul makcik tu kan.. nak selamatkan tingkap rumah sendiri suruh tingkap rumah dan pintu kereta orang lain yang pecah ke?”

Saya pesan kat budak tu, “Ok tak pe.. kalau pecah tingkap rumah akak kena bola tu, akak cari awak semua aeh”

Dengan beraninya budak tu kata, “Yelah”

Semalam saya nampak diorang main lagi. Kali ni pakai bola betul2. Maybe semalamnya tak mencabar pakai bola kertas. Kalau jadi apa2 harus la akak cari emak dan ayah awak ya minta ganti rugi~

Jangan salah faham, saya bukan benci kanak2 ye~ kang ada pula yang ingat saya ni tak suka budak2. Menegur untuk kebaikan.

[auto publish]

post signature