Orang lain dah berzaman gantung ribbon ni, saya ni slow macam siput masak lemak cili padi. Dah draft tapi tapi tak terpublish. Bila tengok Cdot yang seminggu sekali update blog tu bersemangat waja, saya pun rasa “Aeh.. kenapa la aku yang tiap2 hari duk menatap blog ni.. tak publish2 entri ni..” Saya pun berusaha nak membantu En. Megat dan keluarga yang sedang diuji oleh Allah tu.

Hari ni 15/01.. ada 2 hari lagi untuk saya menunjukkan sokongan saya walaupun agak terlambat. Bila baca kisah En Megat dalam entri Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak perghhh.. sedih betul. Hebat betul dugaan yang dia dan family alami.

Saat tu saya rasa sangat2 bersyukur, bukan saya dan hubby saja yang ditimpa dugaan, ramai lagi diluar sana yang Allah pilih untuk diuji kesabarannya. Cuma dugaan tu berbeza. Orang ni dugaannya begini.. orang ni dugaannya lain pula. Allah tu Maha adil dari segala aspek. Allah takkan menduga hambaNya sekiranya Dia tahu hambaNya itu tak mampu menerima dugaan. Semoga keluarga En. Megat bersabar dengan dugaan ini, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sama2 kita doakan.

Syabas untuk Bro Hydir yang berusaha membantu rakan blogger yang dalam kesusahan. Semoga Allah membalas jasa baik beliau.
Jom kawan2.. mari kita sama2 bantu membantu..

[Copy paste dari Hydir.com]
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en. megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak
Ikut langkah ini:
  • Copy dan paste ribbon diatas.
  • Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  • Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
    Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya

Semalam saya sempat menjengah lagi blog Bro Hydir tu. Ada projek baru untuk Blogger We Care ni. To be continued in the next entry ya, stay tuned!🙂
[auto publish]

post signature