Puas menunggu, macam cacing kepanasan dalam office, nasib baik boss tak nampak. Kalau nampak sure dikatanya saya meroyan.

After lunch tadi ada meeting, meetingnya tu kat blok lain jadi dapat la keluar dari bangunan ni. Dalam pukul 3 sempat snap gambar ni je. Kat kawasan sini tak berapa jelas la. Tak ada rezeki nak tengok jelas. Apa pun ucapkan Subhanallah~

Masuk office semula dalam pukul 4.30pm. Jengah keluar cuma dapat nampak ni je. Awan banyak menutupi matahari.

Sebelum masuk meeting seterusnya, sempat lagi jengah ke langit dan nampak ini saja.

Dah masuk meeting room, tak puas hati lagi. Snap sekali lagi walaupun tak nampak apa huhuhu~

Itu saja laporan gerhana matahari 15 Januari 2010 dari saya~

post signature