.. pernah tengok tak?

Kalau tak pernah, haaa tengok gambar kat bawah tu.

Itu tiga contoh pokok yang kurang kasih sayang ;p hidup segan mati tak mau..

Pokok 1

Tinggal daun sehelai, lepas tu batang yang dah layu. Menunggu masa je tu. Jeli tu je yang segar bugar.

Pokok 2

Pun lebih kurang sama. Dulu penuh merimbun, sekarang tinggal sebatang je keladi ni. Kesian.. malang nasibmu..

Pokok 3

Mangsa kekurangan kasih sayang seterusnya, pokok yang dibeli di Jusco Bukit Indah. Tengok2 je dah kekuningan daunnya. Tapi sekarang dah nak subur semula atas keprihatinan tuan dia yang rasa bersalah ni hehehe~
Yang mekar segar cuma yang ini. Tak siram pun tak apa, tak baja pun tetap subur mekar cuma tak wangi je hehehe~

Ini semuanya berpunca daripada tuan rumah yang terlalu rajin menjaga😉 Kesian pokok2 tu, tak dapat penjagaan yang sewajarnya. Nasib baik diorang tak report kat Jabatan Alam Sekitar ke apa, kalau tak mesti tuan dia dah kena saman hehehe~

Maafkan saya wahai pokok. Nanti saya jaga kamu2 semula ya~

post signature