Kesian saya..

Umur dah nak masuk 29 tahun, buah pun tak kenal2 lagi.

Selama ni saya confuse antara buah lai dan buah pear. Kadang2 mulut sebut lai tapi terbayang buah pear. Semalam masa nak beli buah, duk bertegang urat dengan En. Nazir. Saya kata nak buah pear tapi saya sebut nak buah lai. Dia pun belilah buah lai. Sudahnya macam nak kecewa juga saya sebab saya dah penat terangkan nak buah pear tapi sebut lai kat En. Nazir.
Balik rumah tak puas hati lagi tu. Siap buka topik berbincang dengan En. Nazir mana satu lai mana satu pear. Akhirnya saya sedar yang selama ni saya adalah tak tahu dan bingung antara dua buah ni.

Ini Pear!

Ini Lai!
Betul ke salah???
Kalau betul, ingat sampai mati ye Hernee🙂

post signature