Cuti minggu ni masih tak kemana2. Terperuk kat rumah je. Sekejap rumah emak, sekejap rumah sendiri. Aktiviti yang dibuat tak lain tak bukan online je secara bergilir2 dengan En. Nazir.

Dah penat online, sambung tidur. Sebelum tidur, sempat selak2 novel Ternyata Cinta yang belum khatam2 lagi tu. Itu je la kerja saya time2 cuti ni. Jengah blog kawan2 sana sini. Mana sempat je la tinggalkan komen yang penting saya dapat baca cerita kawan2 semua.

Layan FB pun buka Farm Ville. Sekarang dah pandai layan Fish Ville sikit and Fish Isle tu pun sebab dah bosan tahap dewa2. Sampaikan kat akaun FB En. Nazir pun yang main hehehe. Dia tak kuasa nak melayan. Dia bebelkan saya ada la. Dia kata bela lembu tak bergerak, beratur macam nak masuk perbarisan 31 Ogos. Cis~ bertuah betul.

post signature