Harap maaf.. entri adalah lapuk.. kalau disimpan bubur tu pun sure dah basi ngeh2.. saya tak ada mood nak menaip.. dah buka blog tapi tak tertaip.. baru sekarang ni ha ada mood.. hehehe~

Minggu lepas hari Ahad saya adalah berkampung di rumah emak, sebab En. Nazir balik kampung. Hari tu juga adalah Hari Asyura, kebiasaannya orang2 kampung or taman akan buat bubur lambuk kat masjid. Bila teringat bubur ni, saya tanya emak.. tapi emak pun tak tahu ada orang buat bubur ke tak kat masjid.
Dalam pukul 5 lebih ada suara budak beri salam dekat rumah jiran sebelah. Saya pun pasang telinga..
“Assalamualaikum.. nak bubur tak?”
Bila dengar bubur terus berdezup saya keluar ke muka pintu. Orang lain yang ditanya orang lain pula yang menjawab. Saya terus bagitahu adik tu yang saya pun nak bubur.
“Dik akak nak bubur”
“Ambil mangkuk aeh kak”

Berdezup pergi dapur ambil mangkuk dan bagi dekat budak tu.

Inilah pasukan penghantar bubur lambuk aka bubur Asyura. Bahaya betul budak2 ni, bertenggek macam tu je kat kereta tu.
Bubur lambuk yang saya dapat. Dapat la semangkuk buat2 jamah2 hilangkan kempunan😉

Alhamdulillah boleh tahan sodap.

“TQVM.. adik2 penghantar bubur”

post signature