..today and maybe tommorow. Hari ni sebenarnya saya kerja tapi sampai office je terus rasa tak larat sangat2. Muka dah macam tapai basi. Macamana rupa tapai basi? Haa.. Pergi beli tapai lepas tu simpan 2 3 hari tengok apa jadi hehehe sempat lagi.

Masa bangun tidur pun dah rasa lain macam. Sengal2 satu badan tapi saya gagahkan juga. After breakfast je terus ting tong kepala ni. Boss bagi kerja penting pulak tu. Terus inform En. Nazir nak pergi klinik dan minta pertolongan pilot driver, Pak Dolah hantarkan. Tq, Pak Dolah. Before jumpa doktor, kena bebel dulu dengan Doktor Dolah. Dah tahu sakit kenapa kerja, bebel si Pak Dolah. Den pun buat pokak telingo yo lah🙂

Jumpa doktor, suka hati saya minta mc sampai 2 hari. Doktor kata bos tak marah ke? Dah cuti 3 hari mc lagi 2 hari. Saya cakap nanti saya bincang dengan bos. Doktor bagi 1 hari je, dia kata kalau tak ok esok datang lagi. Lantak la doktor janji saya dapat balik saat ni. Rasa nak terbongkang atas katil je masa tu.

Dah settle pergi klinik, balik office semula. Rasa tak tahu macamana nak cakap dengan bos. Last2 beranikan diri juga. (saya memang takut nak mc2..memang sejak sekolah) Memang dah tahap nak tergolek tepi meja dah masa tu. Bos kata handover kerja2 pada GEMS Trainee. Ita mangsa terdekat, dia penyelamat saya. Tq Ita. Tak lupa Siti dan Zaza. Nasib baik korang ada.

Sekarang saya terbaring kat rumah merehatkan diri. Seluruh badan rasa sengal2. Dugaan.. penghapus dosa2 kecil. Satu jam lagi nak tunggu En. Nazir balik kerja. Tolong..tolong perut dah berkeroncong untuk Ana ni🙂

p/s lambatnya Kak Jannah jadi jiran, kalau tak boleh order makanan dari tingkat 3 hehehe.

[posted via nokia xpressmusic]