Cerita pasal tol, bukan tol Plus ya.. ni tol masa rombongan pengantin lelaki datang untuk majlis bersanding tu. Banyak betul tol yang dikenakan oleh orang Senggarang kepada orang Machap😉

Tol 1

Hambik ko, makcik2 penanggah ni semua dah kepong tak bagi duduk.

Nasib baik pakcik Halil bawa bekal angpaw banyak hehehe~ Merasa juga le makcik2 gangster tu sorang sekeping ;p

Dah bagi sorang sekeping baru pengantin dapat duduk k sebelum disilat lepas tu.

Tetiba abang iparnya membuka langkah. Terkejut beruk makcik, tak pernah tahu yang suami sendiri pandai bersilat ;p

Ada rupa ‘pendekar mastar’ tak? hehehe~ Kan main lagi dia tenung pengantin, gerun pulak pengantin tengok abang iparnya tu nanti.

Tol 2

Ingat dah tak ada tol ke? ingat tol seterusnya kat pelamin je ke? no.. no.. sebelum masuk veranda kena tol kedua dulu ya~

Tol 3

Dah lepas veranda nak masuk rumah pun kena tol lagi. Aeh~ kenapakah muka Kak Long ada kat dua tol tu? Tamak2 ;p

Tol 4

Haaaa.. ni lagi ramai askar2. Turn anak2 kecil pulak yang jaga tol diketuai oleh mak budak ada dua orang. Terseksa jiwa raga pengantin lelaki, nak jumpa permaisuri hati. tanpa berkorban apa saja~


Budak2 ni tak nak berganjak selagi tak dapat angpaw.


Maka, pakcik pun menjadi redha menyerahkan angpaw yang ada. Dah pergi main jauh2 ye anak2.

Tol 5

Yang ni kalau tak bagi secukupnya jangan harap la nak dapat duduk sebelah pengantin perempuan ya hehehe~ Mak Andam punya tol lagi besar punya. Faham2 je la ye pakcik.

Akhirnya sempurna… Setelah mengharungi 5 tol maut itu, pengantin lelaki dengan senang hati dapatlah duduk disebelah pengantin perempuan. Dalam hati pengantin lelaki “fuhhh.. lega aku, nasib baik banyak sediakan angpaw 50sen tadi” hehehe~ pandai2 je buat cerita saya ni kan.

Oh ya~ saya tak ada daya upaya nak join geng2 tol tu. Jadi saya tengok dari dekat dan snap2 je kerjanya. Fuhhhh.. semput nyawa buat karangan ni ;p Sekian…

[auto publish]

post signature