Cerita semalam punya semalam, kawan saya masa kat U dulu kata kelmarin dulu🙂 Dah lepas mengharung road block di pagi hari, masa nak parking kereta terparking pulak sebelah kereta ni.

Renung2, macam baru accident je. Saya pun ambil peluang untuk snap gambar kereta ni memandangkan belum ramai yang ada kat kawasan tu. Tengah duk membebel pasal kereta ni dengan En. Nazir, ternampak pulak kereta kat bawah nun. Parking betul2 belakang kereta kami.

Kami pun buat kesimpulan sendiri, kereta yang atas tu mesti tersodok belakang kereta yang bawah tu. Kalau tak takkan terjungkit teruk bonet kereta dia tu kan. Malang nasib pemandu2 ni. Dugaan ye tak. Minta dijauhkan la dari kita benda2 macam ni.


[Hernee Nazir’s Note: sebenarnya tahap kemalasan saya meng’update’ blog sangatlah tinggi, setinggi Gunung Everest :p]

post signature