Entri kali ni saya nak berkongsi satu dekorasi rumah yang menarik di pandangan mata. Rumah yang saya pilih ialah rumah Mak Anjang saya sendiri. Berkonsepkan moden, rumah ni kelihatan menarik dengan padanan perabot dan hiasan2 dalaman yang lain. Feature wall yang dipilih ialah merah, dilengkapi dengan non-feature wall berwarna cream yang menaikkan lagi seri ruang dalam rumah.

Ruang tamu dibahagikan kepada dua bahagian.

Ruang tamu 1

Perabot yang digunakan ialah 3 seats sofa dan sebuah kerusi jati serta sebuah jam yang diletakkan di sebelah sofa sebagai pembahagi di antara ruamg tamu 1 dan ruang tamu 2.


Ruang tamu 2

Manakala ruang tamu dua dilengkapi dengan set sofa yang berlainan jenis dan hiasan kain pua kumbu serta lukah yang digantung di atas siling. Tak dilupakan sebuah kerusi berbentuk jari jemari berwarna merah diletakkan di antara ruang tamu 2 dan ruang menonton tv.

Ruang menonton tv


Ruang ini terletak di antara sudut yang dilengkapi dengan hiasan barang2 kaca dan juga bubu yang berfungsi sebagai lampu hiasan.

Lebih menarik bila koleksi barangan kristal (maaf saya tak pasti nama khasnya) di letakkan di dalam almari khas berdindingkan kaca. Di sebelah almari, meja konsol dan tambahan koleksi barangan kristal. Dinding pula dihiasi dengan cermin untuk meenampak ruang yang lebih luas.

Ruang tengah sebelum menuju ke dapur dihiasi dengan sebuah meja ala jepun dan kertas dinding bersorak bunga ros.

Antara hiasan2 lain yang menambah seri dalam rumah Mak Anjang.

Terakhir adalah ruang dapur. Sebelum melepasi ruang dapur, pintu ala2 kedai makan lama2 (maaf lagi sekali saya pasti nama sebenar, kata En. Nazir pintu cowboy ;p) dipasang untuk melindungi ruang masak.

Di bahagian kabinet, dipasang hiasan buah2an tiruan yang berbentuk juraian menghiasi ruang makan.

Itu saja gambar2 yang sempat saya ambil untuk entri deko ni. Next entri, will be deco2 kat rumah makcik2 lain atau kawan2 yang menarik minat saya.

[auto publish]

post signature