***Amaran keras, sila jangan terliur.. sekiranya anda terliur sila maafkan tuan punya blog.. saya hanya mengikut rentak tekak saya dan suami***

Request dari En. Nazir yang teringin nak makan siput sedut masak lemak cili api Jumaat lepas. Kebetulan dia yang ke kedai bei lauk pauk, jadi dia lah yang terjumpa siput sedut ni. Dia beli dalam sekilo tak silapnya. Sebelum saya balik dah pesan dia awal2 minta tolong titikkan hujung siput tu. Kalau nak tunggu saya balik takut lambat pulak. Apa yang penting ‘kerjasama’😉

Bahan2nya:


lebih kurang 1 kilo siput sedut
1/2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
5-10 biji cili api
1/2 inci halia
sebatang serai
1 kotak santan
garam secukup rasa
1/2 inci kunyit


Cara-cara:

(masakan saya kali ni tanpa menumis)

  1. Titik hujung siput sedut dan cuci sehingga hilang bau lumpur. Jangan lupa tutu[ bekas yang mengisi siput sedut tu, sebabnya siput sedut ni aktif, silap2 hari bulan dia merayap pergi rumah jiran sebelah :p
  2. Blender bawang-bawang, cili api, kunyit dan halia tadi.
  3. Masukkan siput sedut ke dalam periuk dan masukkan sedikit santan cair dan bahan2 yang di blender tadi. Tak dilupakan sebatang serai.
  4. Jerang atas dapur, jaga jangan sampai santan pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. kemudian masukkan santan pekat.
  7. Agak2 nampka macam dah ok, matikan la apinya, sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba🙂

[auto publish]

post signature