Balik dari PC Fair, En. Nazir tiba2 mengidam nak minum ABC. Kami pun ronda2 sekitar kawasan Taman Perling dan terjumpalah restoran ini, Restoran Dayangku. Lokasinya sebelah kanan Perling Mall, bersebelahan dengan Shell.

Ingatkan ada jual ABC, tapi waitress tu kata ‘ABC.. Western food akan datang nanti baru ada’ Saya tak ingat apa yang En. Nazir jawab, yang penting jawapan dia berunsur bengangšŸ˜‰

Hancurlah harapan En. Nazir.

Maka kami pun order je lah air laici.

RM2.50 segelas

Mula2 rasa macam tak nak makan, tapi bila dah tengok menunya rasa nak try juga la. Kata nak buat foods review kan, mestilah kena try betul tak?

Saya pilih ‘mee hoon hailam’

RM4.50 sepinggan

En. Nazir pula pilih ‘kue tiaw ladna’


RM4.50 sepinggan

Alhamdulillah, semuanya sedap. Air dia memang cukup rasa, makanan pun sama. Dua2 sedap dan cukup rasa. Tak sia2 kami singgah di sini. Next time boleh cuba lagi. Total semua sekali baru RM14.

Bagi yang nak mencuba, bolehlah datang ke Restoran Dayangku.

Ingat ye.. “ABC dan western food tak ada lagi, akan datang baru ada” :p

post signature