Ingat tak saya ada cerita pasal projek anak beranak ni. Actually, tak ada apa pun projeknya. Cuma projek bisnes kecil2an Cik Anna je ni. Kalau dengan ayah saya tu, tak ada fikir lain semuanya nak dijadikan bisnes.

Anna sekarang dah jadi taukey Kedai Bundle. Ada lah jual sikit2 barang2 second hand ni. Buat duit kocek dia. Tambah2 pendapatan. Lokasi di kawasan penempatan warga asing di Nusajaya. Bunyi macam menakutkan. Mesti ada yang terbayang warga2 asing yang menakutkan. Betul tak? Sebenarnya kawasan ni masih lagi dalam proses pembinaan. Belum ramai lagi warga asing yang duduk kat sini. Kiranya ni hostel diorang la nanti. Diorang ni pulak akan jadi buruh kasar untuk pembangunan Nusajaya. Kawasannya memang kawasan pedalaman dikelilingi kebun kelapa sawit jalan ke Kg. Sungai Melayu. Nak sampai ke sini kena lalu Kota Iskandar The Johor State New Administrative Centre (JSNAC) bagi nama penuh lagi hehehe~

Kenapa kami pilih untuk bisnes pakaian terpakai ni? Sebabnya, diorang ni kerja kasar2, lasak2 mestilah nak guna baju2 yang dah terpakai. Kalau baju baru, confirm la sayang nak pakai ye tak? Anna pulak pandai bagi ayat terbaik untuk pelanggan2 dia, cepat je pelanggan2 terpedaya🙂

Inilah kawasan penempatan tu. Sebelah kanan tu adalah sepuluh pintu kedai untuk orang2 berniaga termasuklah kedai Cik Anna ni. Kebetulan Pakcik Ahmad bapa sedara Encik Nazir pun ada berniaga kat sini. Dia punya kedai runcit sebelah hujung sekali. Ada juga la orang teman2kan Anna. Ayah saya pun tak dapat nak tunggu Anna lama2 nanti kerja dia pulak yang tergendala.

Buat masa ni masih berselerak lagi, tengah tunggu penggantung baju yang belum siap2 lagi. Ni baju2 trip pertama saja nak test market🙂 Alhamdulillah baru seminggu lebih buka kedai, dah dapat pulangan modal. Ramai juga mat2 Bangla, mat2 Indon yang datang beli. Orang Malaysia yang kerja kat situ pun ramai yang beli.

Ni mat Bangla yang tengah pilih apa agaknya. Aeh silap2 ini suami kepada Hernee yang tengah mengasingkan t-shirt2. Laki bini kerja part time kat Kedai Bundle Anna hehehe~

Anna with her new assistant Che’ Ayu. Diorang akan bergilir2 jaga kedai ni. Maklumlah emak kami masih belum sihat sepenuhnya. Jadi kena la ada yang jaga kat rumah.

Kami dah nak balik, jadi tinggallah minah ni berdua jaga kedai. Sebelah kedai Anna tu, bakal jadi Pondok Polis, nasib baik ayah dapat pilih kedai sebelah Pondok Polis. Ye la, anak2 dia ni semua anak dara tak ada anak bujang harapkan menantu je ni ha sorang lelaki. Ada la juga Encik Polis yang boleh jaga keselamatan adik2 saya dan orang2 lain kat sini.

Dari jalan kecil, kita masuk highway je dah boleh nampak bangunan pentadbiran JSNAC tu. Jalan masih lengang lagi boleh merempit di sini

Kalau dapat berniaga kat kawasan ni pun ok rasanya. Mana tahu ada rezeki lebih boleh try kat sini pulak. Tiba2 menjadi otak bisnes.

Sesiapa yang sudi nak menjengah kedai kami jom la. Kedatangan anda dialu2kan😉 Mudah2an murah rezeki Anna.

Ada entri baru >>>> disini

post signature