Semalam parcel dari Butik Nara dah tiba. Yeay! sangat happy tudung yang saya order hari Selasa dah selamat sampai ke tangan saya. Thanks to Abang Nara & Kak Nara yang menguruskan jual beli online ni. Cepat betul diorang buat kerja. Kata En. Nazir, abang posmen yang datang hantar parcel ni ketuk pintu rumah macam nak pecah😉

Saya beli dua helai satu warna violet petal dan satu lagi coal black.


The Coal Black

Beli yang ni saja nak pakai pergi kerja ke atau pun kemana2 yang sesuai. Memang best pakai tudung ni. Kainnya pun jenis yang sejuk dan sedap dipakai.


The Violet Petal

Ini yang lagi satu, konon2nya nak dipakai masa wedding sil nanti. Tapi saya terrabun warna lah pulak. Tak berapa nak matching dengan baju. Belek2 almari, nasib baik ada dua helai baju yang matching dengan tudung ni. Nasib baiklah kalau tak sure ada ceramah malam Jumaat. Itu pun dia kata “tu ayat sedapkan hati sendiri sebab tersalah kaler” hehehe~

Sepatutnya saya pilih warna light purple. Tak tahulah sejak mula Kak Nara promote dalam blog dia, mata saya dah tersuka violet petal. Haruskah saya terjah Butik Nara lagi untuk beli light purple pulak? Semuanya dalam perancangan ni. Macam nak beli satu lagi je la ;p Sempat lagi ni sebelum 19 Disember.

Sehelai tudung ni berharga RM33. Saya beli dua helai ada diskaun. Berbaloi2 dengan kualiti kain dan jahitannya.

Sesiapa yang nak cari tudung bolehlah ber’online shopping’ di Butik Nara. Mari Bershopping Secara Berhemah!😉

post signature