Apa yang saya cari di entri ini? Saya mencari kunci kereta yang hilang semalam. Puas cari sampai sekarang ni masih tak jumpa.

[pic ikhsan en.google]

Semalam konon2nya En. Nazir bercadang nak balik lebih awal dalam pukul 7. Rancangan awal nak ke rumah Pak Anjang dia dah rindu sangat dengan anakanda Nazir dia ni. Sambil2 nak jengah Kiki yang baru lepas berkhatan.

Pukul 7 saya turun bawah dengan jayanya, En. Nazir dah menunggu ketibaan Puan Sri Hernee. Sampai kawasan parking lot, En. Nazir minta kunci kereta. Maka dengan confident nya saya menyelongkar handbag mencari kunci kereta. Malangnya puas dicari tetap tak berjumpa. Giliran En. Nazir menyelongkar beg, kocek semuanya tak ada. Jeling2 dalam kereta confirm tak ada. Bertambah malang bila kunci rumah tertinggal dalam kereta and both spare keys saya tak bawa.

Saya terfikir mungkin tercicir dalam drawer. Mungkin handbag saya terbuka dan kunci terkeluar. Saya bergegas ke office semula dan En. Nazir meneruskan pencarian sambil2 minta tolong dengan En. Polis yang bertugas.

Seingat saya memang kunci tu En. Nazir bagi pada saya suruh simpan. Saya macam biasa masukkan dalam beg. Kebetulan masa nak masukkan dalam beg saya macam terpelecuk masa berjalan. Tak tahulah kalau masa tu kunci tu terjatuh. Saya cakap dengan En. Nazir “Kalau kunci tu jatuh sah2 la kita boleh dengar bunyi berdenting ke apa ke. Kalau kunci tu jatuh atas tar la. “ Jawapan bernas saya dapat dari En. Nazir.

“Macamana nak dengar bunyi kunci kalau bunyi melatahnya lebih kuat”

Cisss~ dalam keadaan macam ni pun dia sempat menyindir saya lagi. Memang saya termelatah masa terpelecuk tu ;p

Masuk office semuanya saya selongkar tapi masih tak jumpa. Harta karun dalam handbag semua saya keluarkan. Memang confirm tak ada.

Balik semula ke kereta, En. Polis tengah tolong En. Nazir buka pintu kereta. Alhamdulillah dapat juga pintu dibuka untuk ambil kunci rumah.


En. Nazir cuba minta tolong dengan kawan2 dia untuk hantar kami balik rumah dan ambil spare key. Saya pula terus mencari di tepi2 jalan dan rumput tempat saya terpelecuk tu. Sampaikan ada budak tu tanya.

“Cari apa tu kak”

“Ni ha cari kunci kereta akak hilang , tak tahu mana tercicir”

Mamat tu pun terus berlalu, malas nak layan makcik sorang ni agaknya.

Sekejapan lepas tu datang En. Rahim, boss En. Nazir. Diorang duk berbual sementara menunggu pertolongan dari kawan En. Nazir dan saya…

… merenung masa depan dicelah kereta😉 Saat ni terfikir.. “kalaulah saya boleh miss call kunci ni kan senang..” ;p

Dalam 5 minit barulah kawan En. Nazir sampai. Dia hantar kami balik ke rumah dan bawa semula En. Nazir ke PTP untuk ambil kereta. Thank you Cimpeng! Sudahnya kami tak jadi ke rumah Pak Anjang. En. Nazir tapaw nasi ayam sebab kami dah kelaparan.

Sampai sekarang masih tak jumpa kunci kereta kami tu. Kata orang kalau tengah gelabah memang susah nak jumpa. Saya dah menenangkan diri dan baca apa yang patut untuk mencari barang yang hilang tapi tetap belum ada rezeki nak jumpa.

Sesiapa yang terjumpa kunci kereta saya tolong pulangkan ye🙂 Kunci kereta saya ada key chain Edwin bulat warna gold.

Pulanglah wahai kunci~

post signature