Apa yang selalunya diletak di meja kerja kita? Apa yang saya perhatikan kawan2 di pejabat ni, mereka suka menggantung seberapa banyak key chain yang ada. Ada yang nampak cantik ada yang nampak berserabut. Citarasa masing2. Peneman meja saya ni je.

+ sebalang pokok keladi + sepasang kekasih merah dan putih (bekas pepper Aien bagi) + sepokok bunga pink kayu (paper holder) + sebekas potpuri + tembikar berbentuk telur + benda bulat dalam ada air.. apa nama entah

Yang tergantung tu je .. keropok yang tak dimakan berbentuk wanita Jepun berkimono + penyu pemberian Kak Mas + potpuri kecil + PTP Safety Month magnetic

Ditambah dengan tuan punya meja sekališŸ˜‰

Walaupun kurang ceria macam meja orang lain, tapi saya tetap sayang tempat saya menghabiskan masa saya selama 8 jam sehari ni.

Macamana pula dengan hiasan meja kawan2? Mesti meriahkan. Walaupun saya ada banyak juga key chain di rumah yang saya kumpul, tapi saya malas nak gantung semuanya di pejabat. Hilang kang nayo..

Apa pun hargailah meja anda sendiri.. tempat anda mengerah keringat.. penutup entri yang entah apa2 ;p

post signature