Semalam balik kerja saya dan En. Nazir terus ke pasar malam. (lemaknya Hernee, dah 2 hari tak masak😉 Masa di pasar malam terjumpa Abang “Calaka” ni. Siapa Abang Calaka?

Sebenarnya dari kecil2 dulu adik saya Anna memang minat dengan Abang Askar. Memang dekat kampung kami ada kem sementara askar Rejimen Askar Melayu Di Raja. Jadi trak askar memang akan selalu lalu lalang depan rumah. Masa kecilkan cakap pun tak jelas lagi masih pelat2, jadi bila nampak trak askar lalu dia akan menjerit2 panggil “calaka”. Rupa-rupanya dia panggil askar tu “calaka” bunyi macam celaka.

Bila cuti sekolah kami ramai2 ke kem askar. Nanti Abang Calaka tu bagilah makanan diorang pada kami. Masa tu rasa biskut kering askar tu sangat sedap dimakan dengan jem yang diorang bagi juga. Makanan dalam tin ni jangan ceritalah memang banyak dia bagi kami. Lagi2 lah bila kami kata yang kami ada makcik2 yang anak dara. Makcu saya pun nyaris2 kahwin dengan askar ooopppssss.. tersasul ;p

Anna paling suka bila Abang Calaka tu lambai2 tangan masa lalu depan rumah. Sampai ke besar dia minat askar tau. Dia kata bila nampak askar jantung berdegup kencang. Memang over minah ni tau. Adakah jodoh Anna dengan Abang Calaka??? Kita tunggu dan lihat ya hehehe~


[Nota untuk Abang Wira: Abang Wira, kalau ada anak2 buah askar lebih tolong kenal2kan dengan Anna..hehehehe]

post signature