agak lambat nak meng’update’. busy memanjang😉

Aidiladha kami sambut di Senggarang. malam Jumaat tu baru kami bertolak balik. balik dari kerja singgah rumah mak dulu. jengah2 periuk, jamah apa yang patut😉 lepas maghrib baru bertolak ke Senggarang. dalam pukul 10 baru sampai.

lewat juga tidur malam tu, berborak2 dengan mil and sil tahu2 jam dah pukul 12 lebih. terus masuk tidur. kat rumah mil ni, lain sikit caranya. diorang masak2 pagi raya. kalau kat rumah mak petang dan malam raya kita dah sibuk masak kecuali masak lodeh je pagi raya.

pagi tu kira ditahap awal juga la bangun walaupun mil lebih awal ;p tolong2 apa yang patut. menu mil di pagi Aidiladha.. nasi impit, lodeh, ayam masak merah dan sambal kacang. memang sedap. bukan buatan saya ye. saya tolong sikit2 je.

inilah menu2 yang membuatkan saya makan sebanyak 3 round. kenyang gila nasib baik tak gila di hari raya ;p

ni sambal goreng dan satu lagi menu tanpa nama. cousin En. Nazir yang bagi. dua2 sedap tak ada yang tak sedap hehehe~ menu tanpa nama tu simple je buatannya, lada, bawang semua (bahan2 lain tak pasti ;p) dipotong mayang dan dicampur dengan potongan ikan tongkol masin. boleh cuba kat rumah ni.

ni 2nd round punya melantak time. masa sambal goreng baru sampai sil terus ajak makan lagi sekali dalam pukul 11 lebih. 1st round dalam pukul 9 hehehe~

my sil yang sporting gila. dua2 makan berjam2 kat dapur. sampai Kak Andak ni siap warning saya, jangan singgah kat meja makan nanti terjebak lagi cara makan yang kurang sihat😉

lepas makan yang 3rd round dalam pukul 2 terus layan novel sehelai dua pages sambil2 berborak dengan mil and sil. dalam pukul 5 lebih kami siap2 nak balik GP. motif utama nak balik awal, bukan kerana En. Nazir kerja hari Sabtu takut penat ke apa.. motif utama sebab takut tak sempat nak tengok last episode of Nur Kasih hehehe~ alhamdulillah sempat sampai rumah mak around 8pm. isi perut kat rumah mak dulu baru balik rumah sendiri ideas yang bernas.

dan malam tu berliter2 air mata herni tumpah ke bumi bila tengok Nur Kasih dan Taubat Nasuha. En. Nazir tukang gelak tengok wife dia yang gembeng ni. nak buat macamana saya memang mudah tersentuh. bangun tidur esoknya mata makcik bengkak sebab terlebih nangis hehehe~

post signature