semalam sempat cari novel, tiba2 terjumpa novel ni dan rasanya memang belum pernah baca pun. ohhh~ sangat ketinggalan saya rupanya. novel “Ternyata Cinta” nukilan Damya Hanna. saya memang suka hasilan nukilan Damya Hanna.

nampaknya saya akan berada diawangan sepanjang membaca novel ni. memang dah berapa bulan tak baca novel. last novel pun “Ilham Hati” by Damya Hanna juga. baru saya ingat Kak Jannah nak pinjam novel ni tapi sampai sekarang saya lupa nak bagi pinjam. sorry kak~ nanti saya bagi.

ok, if uolls nak tahu sinopsisnya, boleh baca kat bawah nun. sinopsis dari kulit novel😉 nanti saya akan review pasal novel ni after habis baca.

Sinopsis

Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita – cita untuk digapai. Namun, demi adik – adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL -Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri – ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM – Kehadiran lelaki ini kerap kali menganggu emosi. Qastina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhananaan sifatnya meruntun hati si gadis.
Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita – cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua – duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

[Sinopsis dipetik dari novel Ternyata Cinta terbitan Alaf 21]

post signature