“Kami” adalah saya dan En. Nazir. memang kami suka lagu ni. tapi sayang lagu ni tak berjaya ke Juara Lagu tahun ni. pada saya lagu ni memang best. tapi kenapalah tak menarik hati juri kan.

“woi heni awak tu bukan komposer, pandai2 je kan. suka hati juri la nak pilih yang mana”

alamak suara sumbang siapalah tu ek. diam2 je la. meh kita layan lirik lagu ni.

*****************************

Bertamu di Kalbu by Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

post signature