sunyi je sekarang ni. mesti ramai orang dah balik kampung kan? saya masih bekerja, tak ambil cuti pun. nak simpan cuti yang tinggal satu hari tu.

korang balik mana raya haji ni?

saya balik ke Senggarang rumah mil. kalau tak raya Aidilfitri kat Senggarang tapi mak tak sihat plan bertukar. jadi raya haji ni, first time sambut dengan family En. Nazir.

malam ni kami bertolak balik ke sana. tidur semalam je sebab hari Sabtu En. Nazir dah kerja. baju semua saya tak kemas lagi. pemalas betul hehehe~ ala bukan nak bawa banyak baju pun. pakai untuk esok je petang dah balik GP semula. sumbat2 je la dalam beg. belum ada anak bolehlah buat macam ni kan. esok2 kalau dah ada anak, ada semua barang anak tertinggal🙂

saya siap pesan dengan En. Nazir awal2, make sure sampai before pukul 9 malam. ni semua gara2 Nur Kasih. tak sabar nak tengok endingnya. maknanya petang esok dalam pukul 5 ke 6 dah kena gerak balik.

kat rumah mak saya tak tahulah chef Anna dan Ayu masak apa. before balik malam ni mesti nak singgah dulu. kata mak malas nak masak2 beriya. ala kadar je. tengok je la apa anak dara berdua tu masak nanti. ada juadah hari raya kita tumpang sekaki ;p

post signature