weekend yang lepas saya duk menyelak buku2 lama masa study. terjumpa pula diari lama tahun 2002. selak punya selak terjumpa nota ini.


Tepat jam 10.49pm tertuduh, EM.MY YULIAN.THY SULEI.MAN telah berjanji utk berjaga sehingga jam 4.00am tanpa rehat pd 30 APRIL 2003. Sekiranya tertuduh melanggar perjanjian ini, maka 4 org saksi dibwh akan menyengkang biji matanya dgn dua btg mancis. Harap maklum.

Saksi:

Her.nee Sam.shudin

Fatima.watie Is.mail

Nor. Aini Ah.mad

Eti Azu.ra Hal.mi

geli pula hati bila teringat kisah ni. kisahnya si Emmy ni nak stay up nak study malam2 tapi dah berapa asyik terlajak tidur je. jadi malam tu dia poyo2 kata nak berjaga sampai pagi. terus saya dapat idea nak buat perjanjian ni hehehe~ semua kawan2 tu ex-housemate saya. saja nak bagi semangat untuk Emmy study. dendanya agak zalim. tapi kami tak buat pun macam tu kat Emmy. gila weh~ ada kang tak pasal2 tak dapat ambil exam. apa pun ni la antara kenangan best masa study😉

post signature