hari ni saya half day. time off dari 8.30am – 12.30pm. masa entry ni keluar saya mungkin dah sampai Elite Woman Specialist, Taman Sri Tebrau. buat apa kat sini? actually, saya ada appointment dengan doktor. after 3 month dari bulan 6 hari tu (oh~ tak ramai yang tahu cerita sedih bulan 6 sebab saya tak cerita kat blog masa tu), doktor suruh saya relax2 dulu jangan sampai ter’mengandung’ sebab dia nak ambil darah. nak tengok if saya ada masalah ke apa.

saya kena datang pagi2 before 9am. memang pilih hari ni memandangkan off day En. Nazir. biar saya je yang apply time off, tak payahlah En. Nazir pun nak apply time off or annual leave yang dah -ve tu hehehe~

harap2 semuanya berjalan lancar. saya ni penakut bab2 ambil darah la apa la ni. janganlah dia ambil banyak2 darah saya ni kan. doakan saya yang penakut ni kawan2.

post signature