cerita ke klinik bermula..

keluar rumah dalam pukul 7.45am, singgah breakfast sekejap dekat warung Marni. tak sempat nak snap pictures sebab nak cepat. next time kita review foods kat sana ye.

around 9.15am kami sampai kat Elite Woman Specialist. saya memang tak mahir jalan area Taman Sri Tebrau ni. senang je nak cari rupanya. masa kami sampai doktor belum ada lagi. kata assistant doktor tu, doktor sampai around 9.30am. maknanya tak ada la lama sangat nak menunggu.

sebelum doktor sampai jantung dah dup dap dup dap. nak terkucil semuanya ada. kata En. Nazir apa yang nak ditakutkan agaknya tu. saya biasalah, memang gerun sikit. padahal bukanlah serious sangat apa yang doktor nak buat tu ;p

sekejapan lepas tu, nama saya dipanggil. En. Nazir masuk sekali. mestilah kan takkan nak biar si penakut ni sorang2 hehehe~ doktor dah kenal dah muka saya ni. dia suruh selak lengan baju nak ambil darah, doktor dok mencari urat kat lengan tak jumpa daaa.

doktor kata, “u ni tak banyak exercise”

tiba2 ada suara dari langit menyampuk. “ha’ah memang tak ada pun”

cisss~ En. Nazir menyokong doktor ye. saya pun dengan semangatnya membela diri.

“aeh, ada exercise la..” dalam hati baru je nak mula exercise doktor oi~

doktor balas balik, “oo exercise buat kerja rumah ye?”

“ar ye la tu doktor” jawab saya hehehe~

“susah nak cari urat.. pipi besar.. tangan kecil” tambah si doktor.

wah2 kan main lagi si doktor ni kan. tapi sebenarnya dialog tu saya tak dengar sangat. En. Nazir yang beritahu tadi. saya gelak je dengar. saya tercabar dengan kata2 doktor ni. nak exercise la macam ni😉

doktor ni ok, boleh dibawa berbincang. tak macam doktor klinik yang satu tu. klinik apa? nanti saya bagitahu. selagi saya boleh ke klinik lain saya takkan jejakkan kaki ke klinik tu lagi.

masa ni doktor tengah menepuk2 tangan saya mencari urat yang tak muncul2. sambil2 kepal2kan tangan tu, menjeling2 juga kat jarum doktor.

seriau makcik tengok jarum tu ha. tapi buat2 muka berani. awal2 dah pesan En. Nazir jangan lupa snap gambar2 tau. hasil gambar curi adalah senget😉

oi banyaknya doktor nak ambil darah saya ni. nanti kurang darah saya tau hehehe~ result darah and urine test tu akan diberitahu 2 weeks later. nanti diorang call beritahu untuk ambil result. harap2 tak ada masalah yang serius.

saya ikut doktor punya suggestion. bukan tak sabar or risau ke apa, at least saya tahu tahap kesihatan saya. tak nak la apa2 yang tak elok berlaku lagi. walaupun saya tahu tu semua kuasa Allah, sekurang2nya saya dan hubby berusaha. betul tak?

malam tadi saya boleh pula mimpi, adik saya Anna bagi saya kerang rebus. dia kata “long nah makan kerang ni, esokkan ko nak jumpa doktor ambil darah.. nanti bertambah sikit darah ko tu” hehehe~ punya la penakut sampai terbawa2 dalam mimpi. herni.. herni.. bila la nak berubah🙂

post signature