adik ipar yang nak kahwin tapi kakak iparnya yang over excited nak cari baju yang ikut theme colour🙂 confirm Atam punya kaler tema purple. kebetulan saya memang tak ada baju kaler purple. alasan untuk beli baju adalah sangat kukuh disitu.

puas berpusing2 ke sana ke mari mencari baju berwarna purple, akhirnya jumpa yang berkenan di hati. yeay! suka hati. tapi…. ada tapinya.. baju yang saya suka tu, sebiji sebijon dengan baju raya Anna adik saya. memang saya juga yang jadi penasihat masa pilih baju tu. cuma kaler je yang berlainan. mula2 teragak2 juga nak beli. fikir2 ah beli je la. bukan pakai serentak pun kan.

tu la bajunya. tak jelas gambarnya. tak pe la surprise sikit hehehehe~ nak tengok tunggu 19/12 nanti ye. baju ni corak je yang kaler purple, tanah dia kaler hitam. halal la tu kan. siap2 beli belah, terus berdezup balik rumah. cik abang kita tu nak pergi main badminton lagi.

saya duduk rumah le sorang2 melayan selsema. hajat hati nak tengok debaran sehati berdansa. sekali tertidur daaa. sudahnya sms Anna nak tahu result.

*******************************************************

entry ni auto publish. saya ada workshop 0830 – 1730 hrs. harap2 saya mampu nak menagak dari pagi sampai ke petang memandangkan kesihatan yang tak mengizinkan ni.

post signature