akhirnya dapat juga menjengah baby Idah, Muhammad Adam Rizqi. sedar tak sedar dah 32 hari dah Adam tengok dunia ni. dah besar dah Adam ye baru auntie dapat jumpa.

ni Idah, ibu Adam yang tak sabar2 nak habis tempoh pantang. dia punya angan2 habis je pantang hari ke 45 nak pergi mana ek, lupa pula saya. mesti dah tak larat nak duduk rumah agaknya.

lupa nak cerita, saya pergi berempat dengan Dida, Mummy Dasy dan si comel Daneen anak dara Mummy Dasy. MD dah pergi dua kali. wah pandai2 saya menyingkatkan nama Mummy Dasy jadi MD ye hehehe~ kali pertama dia pergi dia dah meninggalkan saya. kali ni saya ajak dia juga walaupun pada awalnya dia nak cancel.

saya, Dida and Daneen yang kelakar. minah ni ada je modal dia nak bagi kami gelak. nak kentutlah itulah inilah. actually kami datang dalam pukul 12. memang tak ada niat pun nak tumpang makan tengahari. kebetulan hubby adn mil Idah sampai dari Muar. jadi, maknya Idah paksa kami makan sekali. paksa ye bukan kami minta ;p bila mak dia dah keluar pepatah itu ini, tak sedap pula kalau tak makan. bila ayat “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari” dah keluar dari mulut Mak Wok, maka kami pun terus je la menadah pinggan walaupun shy2 cat. lauk sangat mantop. ketam masak lemak (minggu lepas masak sendiri, minggu ni makan kat rumah orang pulak), terung masak apa entah dan ikan kosok masak asam. sedap! si Daneen bukan main selera lagi makan. tq la Mak Wok oi~ kenyang perut kami berempat.

dah makan2 relax sekejap, teruslah balik rumah masing2.

[nota tak sihat: saya sebenarnya sangat malas nak update hari ni.. saya kurang sihat.. dah tahap tak larat ni.. tapi saya gagahkan juga.. kepala berat sangat.. hidung jangan cakap la.. dah naik pedih dah asyik kena tenyeh dengan tisu.. sekejap algi nak ke klinik]

post signature