dari awal memang plan nak ke Plaza Larkin semalam. tujuan utama nak beli baju kat First Lady. baju nak pakai masa wedding my sil next month. sebelum ke Plaza Larkin, En. Nazir nak hantar jahit jeans yang koyak kat Larkin Sentral. so, kami ke sana dulu.

on the way nak tuju ke kedai jahit jeans tu, terdengar dari jauh bunyi orang menyanyi bagai. rupanya ada persembahan khas yang dianjurkan oleh persatuan penyewa2 kedai di Larkin Sentral ni untuk kutipan derma mangsa2 gempa bumi Padang, Sumatera. band ni dianggotai oleh pakcik2 yang dah veteran. warga2 emas semuanya tapi still cool and steady. lagi2 pakcik drumer tu. cayalah~ lagu of course la lagu2 zaman2 diorang.

tak sempat nak layan lama2. terus tuju ke kedai jahit tu. palan asal nak ke kedai doktor jeans. tapi mata kelabu asap, kedai tu tak dijumpai. call kawan En. Nazir, last2 dia suggest pergi kedai ni. apa ke namanya ek, tak silapnya Saufi Collection, Level 1 Larkin Sentral.

nilah owner merangkap tukang jahitnya. 3 helai jeans En. Nazir yang dah koyak rabak. apa ke ganasnyalah mamat ni kan hehehe~ hari Rabu kami jengah la Larkin Sentral ni lagi nak ambil seluar2 ni.

siap2 hantar seluar, terus bergegas ke Plaza Larkin.

post signature