dah lama sebenarnya nak meluahkan rasa hati ni. tapi saya fikir 500 kali sama ada nak luahkan ke tak di sini. saya takut nanti orang ingat saya saja nak besarkan cerita. saja nak buruk2 orang. saya tak bersyukur, saya tak redha dan macam2 lagilah. sebelum ni pun saya hanya luahkan pada en. nazir je. dia pendengar setia saya. kadang2 dia pun alami situasi yang sama.

kenapa pula tetiba saya nak luahkan ni? sebabnya, baru sekejap tadi saya terjumpa seorang hamba Allah dalam lift. seperti biasa soalan dia bila jumpa saya eventhough kitorang jumpa selang seminggu, mesti dia akan ajukan soalan yang sama.

apa soalannya?

sipolan: hai, sihat ke? (saya takde masalah dengan soalan ni)

saya: emmm.. sihat je.. (jawab dengan muka nak tak nak sebab saya dah tahu motif sebenar soalan dia)

kami sebenarnya menuju ke department yang sama. rasa lega sebab dia sempat tanya khabar je. bila saya dah nak balik office, terjumpa dia lagi depan lift pula. again.. she keep asking me the same question😦

sipolan: dah ada isi lum? (takkan la setiap kali jumpa nak tanya soalan yang sama, padahal last week dah bagi soalan ni)

saya: belum lagi belum ada rezeki.. nak relax dulu..

dia menjawab dengan muka yang berkerut2 herot berot.. (geram2)

sipolan: a’ah relax2 la dulu.. bagi rahim ko sihat.. bla bla bla.. (malas nak dengar ayat yang sama..mengalahkan dia doc saya)

saya: aku memang nak relax dulu.. memang dah discuss dengan doc.. (dalam hati ya Allah selamatkanlah aku dari terus dihujani soalan2 maut minah senget ni)

alhamdulillah, lift pun terbuka saya naik atas dia turun ke bawah. dalam hati saya lega yang amat sebab dia tak dapat mengulas lagi doctor mana? klinik mana? apa masalah? etc.

masuk office terus je terdetik nak melepaskan rasa hati ni. saya jadi sensitif dengan soalan2 macam ni bila mereka yang menyoal ni macam tak ada hati dan perasaan. diaorang main hembus je soalan pada saya tanpa memikirkan hati yang disoal ni. dia tak tahu ke rezeki tu Allah yang bagi. kalau dia tak izinkan macamana saya usaha pun tentu tak berhasil.

agaknya kalau saya dah kahwin bertahun2 tapi belum ada rezeki, macamana rupa dia masa menyoal tu ek? macam2 manusia ni kan. kadang2 saya mengelak dari berjumpa dengan orang macam ni. bukan tak nak terima kenyataan, tapi kenyataan tu kadang2 menyakitkan hati.

ada juga yang ayat2 maut yang keluar dari makcik2 jiran tetangga yang menyetap jiwa raga.

“dah ada isi lum? ko ni renyah sangat”

wahai makcik, pernah ke makcik nampak saya merenyah2.. melompat2.. terkinja2 masa saya pregnant? ada ke?

ayat yang paling saya rasa macam nak nangis bila dengan mimik muka yang menyindir ada yang kata..

“lor gugur lagi.. lain kali jaga la..”

wahai cik kak, cik adik dan makcik2 perasan tak apa yang awak2 semua cakap tu. awak2 ingat saya dah gila, hilang akal, biol, sewel tak nak jaga baby sendiri. mestilah saya jaga. takkanlah saya saja2 bagi baby tu gugur. sungguh tak berfikir mereka2 ni kan. usia perkahwinan saya pun baru setahun, bukannya dah 30 tahun. ada rezeki tu insya’Allah cuma kita tak tahu bila.

saya tahu, pengalaman keguguran berkali2 ni memang tak elok. lagi2 dalam jangka waktu yang dekat. kami dah berusaha sehabis baik menjaga kandungan tu, tapi Allah lebih berkuasa. mungkin kami ada buat silap dan ini petunjuknya. Allah saja yang tahu.

bila mengadu dengan en. nazir, dia selalu pujuk saya supaya bersabar. memang saya masih bersabar. kalau tak sabar saya dah fire dah makcik2 yang bermulut laser tu. sedap2 mulut dia je kan nak kata orang itu ini.

kepada sipolan tu, saya tahu awak tengah bahagia dengan baby kedua awak tu. tak apa, ni turn awak nak bahagia dengan zuriat awak. mungkin esok lusa turn saya pula. saya memang tak kisah kalau orang nak bertanya, tapi saya tak boleh terima pertanyaan yang berbaur sindiran tu. kawan saya pun dah pernah kena sindir dengan dia ni masa kawan saya tengah pregnant dulu. tajam juga sindiran dia tu. kesimpulannya, dia ni memang perasan bagus. dia rasa dia sangat productive dalam melahirkan anak. biarlah, malas nak layan orang macam ni. buang masa!

[seed, kalau ko baca entry aku ni, ko mesti tahu siapa yang aku maksudkan]

dunia2.. banyakkan bersabar wahai hati.. lumrah dunia kan..pedulikan apa orang kata..bila diorang dah penat nanti diam la tu.. itu yang en. nazir selalu cakap dengan saya.. ya saya setuju.. biarkan mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita..

thanks yang sudi membaca isi hati saya ni.. minta maaf andai ada yang tersinggung.. maaf kan kami suami isteri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. sekali sekala hati saya juga nak berkata2.. doakan supaya satu hari nanti saya juga jadi ibu seperti ibu2 di luar sana..

fuhhhh.. dah lega dah🙂

post signature