sesungguhnya.. sabtu adalah hari masak secara bersungguh2 bagi saya😉 berderet2 pulak menu lunch kami sabtu lepas. tak ada la banyak mana pun lima jenis lauk je. sekali sekala tambah kolesterol ;p

oleh kerana terliur dengan ketam masak lemak siti, jadi saya pun membelilah si ketam ni hari pada hari sabtu. beli tak banyak, dalam 6 ekor je. belah dua dah kira banyak juga kan. inilah hasilnya ketam masak lemak hernee nazir’s style.


bahan2nya:

6 ekor ketam
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 batang serai
santan
air secukupnya
garam dan serbuk perasa

***bahan2 saya tu tak secukup bahan2 siti.

cara2nya:

blender bawang2, halia dan kunyit. masukkan ketam ke dalam periuk, dan masukkan bahan2 yang diblender tadi. kemudian, masukkan santan dan tambah air mengikut jumlah kuah yang diinginkan. lepas tu, letakkan periuk atas dapur, of course lah kan. kalau tak macamana nak masak hehehe~ masukkan serai, garam dan serbuk perasa. oohh ya, saya masak tak tumis bahan2nya. semuanya saya leburkan dalam periuk. rajin2 kacau kuahnya supaya tak pecah minyak. agak2 dah mendidih bolehlah diangkat.

menu kedua, sayur sawi goreng. tak pasti nama saintifik sawi ni. yang penting mak saya ajar nama sawi ni sawi keriting bukan rebonding ye ;p

menu ketiga, sotong kurita goreng. mak memang selalu goreng sotong ni. kebetulan ada pulak sotong ni masa ke kedai. jadi saya beli 4 ekor, gaul2 dengan garam dan goreng macam tu je. sedap! lepas makan gigi, lidah semua jadi hitam hehehe~

menu2 tadi, dilengkapkan dengan sambal belacan yang yaaa aaa auwww pedasnya. ketam tadi dah tak pedas, jadi kenalah buat sambal belacan nanti en. nazir kata macam lauk orang sakit pulak😉

sambal udang ni saki baki lauk malamnya. jangan membazir ye anak2. jadi kita selitkan balance sambal udang tu masa lunch.

tak sangka pulak ayah saya datang petang tu. dia tanya masak apa. kebetulan nasi ada lebih, ajak ayah makan sekali. wahh, berselera pulak dia makan. nyaris2 nak habis je ketam tu hehehe~ petang tu saya top up semula 4 ekor ketam untuk makan malam kami. nasib baik ada lagi ketam kat kedai. yang penting, sambal udang selamat dihabiskan oleh ayah. tq ayah.

itu dia cerita masak2 hari sabtu.

post signature