nama restaurant sikit punya gempak uolls. rasa masakan.. yang ado ;p

semalam kami singgah kat restaurant ni.. Family Tip Top Restaurant. lokasinya di jalan utama Ayer Hitam – Kluang. tepi jalan je. ayah nak belanja makan haruslah order yang sedap2.
anna n mak, saya n ayah. sian pulak kat ayu yang tak ada time ni. oooppsss jangan sebut2 nama minah tu. tup2 kang ada je dia balik kang.

kami order ikut pakej pada menu yang disediakan. kami ambil set untuk 4 orang. harganya RM49.90. menu yang ada:
  • nasi putih
  • siakap 3 rasa
  • tomyam seafood
  • sotong goreng tepung
  • kailan ikan masin
ayah minum air suam je n kami minum apple juice. campur air semua kos, RM57.20. nasib baiklah murah. kalau dia charge mahal, harus saya komplen masa tu juga.
komen saya:
  • nasi – ok tak ada masalah..masih rasa nasi..
  • siakap 3 rasa – masih kurang rasa.. sedap lagi siakap 3 rasa buatan saya ;p.. apa kes ni asyik puji masakan sendiri je
  • tomyam seafood – seriously, tak rasa tomyam pun..
  • sotong goreng tepung – macam tepung jemput2 je saya rasa..
  • kailan ikan masin – tak nampak rasa n bayang si ikan masin tu..

saya bagi 3 out of 5 stars.

dah settle makan terus gerak balik. sempat singgah kawasan rehat di tepi tol Ayer Hitam. nak terkucil pulak ;p bukan main meriah deko dalam tandas ni. maybe dah banyak sangat stock bunga2 kat Ayer Hitam ni sampai tandas pun hias cantik2. abaikan wajah kami dua beradik ye😉

sampai rumah pukul 1am. jangan tanya apa saya buat masa on the way. confirm zzzzzzzzzzzzzzzzzz.. ;p

post signature