semalam masa kat office makcu call dia kata kak ngah nak datang rumah. dia nak stay kat rumah mak coz esok nak ke sekolah rendah n sekolah menengah untuk ambil sijil2 yang dia lupa nak ambil selama ni. chup2.. kak ngah ni kakak kepada kak tam, bestfriend saya tu. dulu kami semua rakan2 sepermainan masa kecik2. kak ngah maintain macam anak dara uolls badannya. pandai dia jaga, slim je nampaknya😉

kak ngah sekarang menetap di setiawangsa. berkahwin pula dengan seorang abang askar😉 hmmm kalau nak tahu, diaorang husband n wife ni silent reader blog saya ni. entah macamana abang wira meng’google’ sk tanjung kupang tetiba terjumpa blog saya ni. btw, thanks to both of you. sudi juga baca blog yang belum cukup sifat ni.

kak ngah sampai around 7.30pm semalam. sementara tunggu kak ngah saya dan en. nazir sempat ronda2 pasar malam beli makanan. anna di rumah pun dah masak, jadi tak beli makanan banyak2 nanti tak habis membazir. amalan syaitooooooooooon tu😉

ambil kak ngah kat taxi station, then terus bawa balik rumah mak. [to abang wira: jangan risau ye isteri awak selamat sampai di rumah kami ;)] sampai rumah terus makan, coz perut adalah sangat lapar.

sempat curi2 snap gambar kak ngah masa tengah bergayut kat telefon dengan makcu. dia tak perasan kot masa ni.

hari ni anna akan bawa kak ngah merempit ke sk tanjung kupang dan smk tanjung adang. sebelum saya balik rumah malam tadi sempat snap gambar dengan kak ngah. hari ni dia dah nak balik sure tak dapat jumpa lagi. dah la susah nak jumpa sekarang ni. kami tahan juga dia untuk stay dua tiga hari, tapi terlupa pula dia ada anak2 dan suami yang ditinggalkan kat kl nun.

next time kita jumpa lagi ya kak ngah. kalau panjang umur mana tahu kami ke sana pula. insya’Allah.

post signature