Cdot dah selamat balik kl. Before balik dia singgah rumah sekejap. Dalam pukul 12 lebih dia gerak tadi. Plan asal pukul 11, tapi Iskandar Hiew Abdullah telah addicted dengan mafia wars maka dia dah mendelaykan perjalanan balik kl. Ni yang Cdot cerita la. Bukan saya buat cerita ye🙂

Bagi peluang dia anak beranak tayang muka kat blog saya ye. Wah~ Saya rasa sedih pulak bila dia orang dah balik kl. Dua bulan Cdot cuti bersalin, yang duk menyebuk kat rumah mak dia tak ada muka lain selain muka saya.

Yang lagi sedih sebab Ean tinggal dengan Ibu. Kesian dia. Cdot kata kenapa saya pulak yang sentap. Sedarilah ko wahai Cdot, yang kawan ko ni memang hati tisu.

Sempat bergurau senda dengan Kashah before balik tadi. Walaupun saya bukan mak Kashah yang melahirkan Kashah, tapi saya sangat sayang sama ini budak kecik tau.


Tengok tu dia buat muka buruk. Lambat lagi la nak tunggu Kashah balik kampung. I will miss this cute boy! Rindu nak dengar Kashah cakap macam ni.

“Che’ Long2.. bila la nak berubah”
Dia ikut style cerita Hikayat Putera Shazlan. Dia kata saya macam Mak Som lah apa lah.
Layankan aja kerenah si kecik ni.
“Selamat jalan la Cdot anak beranak. Have a safe journey!”

post signature