.. impian nak makan sambal sotong terlaksana semalam. Wah~ impian katanya🙂

Dah lama mengidam nak makan sambal sotong, tapi last week banyak kali periuk tergantung kat rumah tu :p

Pedas sungguh lada kering ni beli dekat Senggarang. Pijar bibir makan, tu pun dah tambah gula lebih sikit. Kalau tak confirm En. Nazir pergi kerja macam pakai lipstick hehehe~

Saja nak tepek resepi walaupun semua orang pun tahu buat Sambal Sotong (mengikut resepi bonda Kasmah).

Bahan2:

Sotong (berapa ekor yang di suka – )
Lada kering (blender)
Bawang besar (1/2 biji – blender)
Bawang putih (3 biji – blender)
Garam, gula, ajinomoto secukup rasa
Air asam
Minyak masak jangan lupa🙂

Cara2nya:

Pastikan lada kering dah diblender ye. Begitu juga dengan bawang besar dan bawang putih. Saya memang standby awal2 dalam peti sejuk buat stok. Maklumlah kadang2 tak cukup masa. Jadi kalau balik dari kerja terus menumis je, tak payahlah nak terhegeh2 baru nak blender lada, bawang etc. Banyak pulak bebelnya :p

Panaskan minyak masak. Tumiskan lada yang dah diblender tadi sehingga garing. Masukkan bawang2 yang dah diblender pula. Kemudian masukkan sotong dan gaulkan. Masukkan air asam dan paling penting garam, ajinomoto dan gula secukupnya.


Menu tambahan kami, brokoli goreng pemberian kawan En. Nazir.

Bahan2:

Brokoli (sepokok.. haaa?? sepokok ke? ;p)
Bawang besar & bawang putih (yang dah diblender)
Sos tiram (2 sudu)

Cara2nya:

Tumis bawang blender tadi hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan gaul rata. tambah sedikit air dan masukkan brokoli. Agak dah masak brokolinya, bolehlah dihidang. Kalau saya tak suka brokoli tu layu sangat, jadi saya biarkan sekejap je dalam kuali.


Ada lagi menu tambahan.. ikan kembung batu goreng..

Bahan2:

4 ekor ikan kembung batu
Serbuk kunyit @ kunyit hidup
Garam
Minyak masak

Cara2nya:

Siang ikan tu ye ;p Gaulkan dengan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat dan garam. Semalam saya balik lewat sikit jadi guna serbuk kunyit je la. Malas nak tumbuk kunyit hidup. Lepas tu panaskan minyak dan goreng separa garing. Kalau garing sangat pun tak berapa sedap. Ikut citarasa masing2.

Kan main bersemangat nak tepek resepi. Awak ingat orang lain tak pandai masak sambal sotong ke.. tak pandai masak brokoli ke.. tak pandai goreng ikan ke He.ni oi~

Saja nak kongsi ilmu. Manalah tahu kot2 ada yang memang tak pernah cuba langsungkan. Yang selebihnya untuk koleksi resepi diri sendiri.

Sharing is caring😉

post signature