Semalam hari bahagia ex-classmate saya ni Azli Shah. Saya tak sempat nak pergi saing kawan2 lain maklumlah saya balik kampung. Si minah fabuloso ada sms ajak saing. Tapi saya suruh dia pergi dulu, tak nak nanti tertunggu2 pulak.

Dia sempat mms saya gambar dia dan Azie. Saja nak bagi jeleslah tu kan. Tak jeles pun🙂

Dia berdua ex-girlfriend Azli😉 sorang berguling2 tengok persandingan boyfriend terchenta. Sorang lagi nangis air mata darah :r

Saya sampai rumah pengantin pun around 5pm. Sempat jumpa sekejap, pengantin dah bersiap nak pergi outdoor photography.

Untuk Azli & Wife;

Selamat Pengantin Baru.. selamat menempuhi alam rumahtangga.. semoga sentiasa diberkati dan semoga mendapat cahayamata insya’Allah :)”

post signature