Malam Sabtu

Sampai BP kami tak makan, coz dah kenyang makan sebelum bertolak balik tadi. Dah agak2 pukul 10 gitu perut saya terasa macam lapar. Ajak En. Nazir beli burger cousin dia, tapi malangnya warung burger dah tutup. Terus dia ajak makan roti canai. Saya pun ajak mak mertua sekali pergi ngeteh. Dia pun ok je. Pergilah kami beramai-ramai ngeteh di warung sedara mara.


Anda kenal yang ini???🙂


Juga yang ini??? :p

Jadi tak payah saya bercerita.


Yang ini Ibu Mertuaku, Puan Tipah ye😉

Ini Uda dan Along (serius masing2)

Siap2 makan terus balik. Sampai rumah tak sempat layan tv, mata dah ngantuk. Selamat malamlah jawabnya~

Pagi Sabtu

Ke pasar lambak bersama buah hati pengarang jantung, mil and bil. Pasar Senggarang ni banyak jual baju tau. Jadi saya terpaksa kawal mata dan nafsu membeli belah. Kalau tak rasanya satu pasar saya borong.


Saya beli makanan and lauk pauk je. Plan nak masak tomyam seafood untuk makan tengahari. Masa ronda2 mil dok tunjuk baju itu dan ini.

“Yang ni cantik Nee.. ni pun cantik”

Saya jawab “Boleh tengok je mak, nak beli mau kena ceramah kang🙂 .. heni baru lepas beli baju minggu lepas”


Yok balik~

Lagi lama lagi laju duit keluar.

Abaikan ke’pendek’kan saya tu ye. Orang tinggi jodohnya dengan orang rendah. Kalau tak sian orang rendah tak ada siapa nak~ ayat sedapkan hati sendiri🙂

Balik pasar, makan2 sekejap terus ke dapur with mil. Selsema pun start. Mula2 ingatkan saya je yang kena, rupanya En. Nazir sekali. Lepas lunch telan panadol saya terbongkang sampai pukul 5 petang. Mil suruh rehat chewah terus ambil kesempatan tidur 2 jam🙂

Petang Sabtu

Lepas bangun tidur petang tu, makciknya layan anak buah perempuan main congkak and main pengantin2.


Pakciknya pulak layan anak buah lelaki main guli.

Dah puas bercongkak dan berguli kami ke tepi laut Parit Jabar. En. Nazir tak jadi bawa ke Sg. Lurus saya ikutkan je. Kereta penuh macam sardin. Walaupun hidung tersumbat sebab selsema saya gagahkan juga.


Muka tak ada perasaan🙂 Apa yang si Wahida cakap tu pun saya tak perasan.


Haziq, Ikmal, Umi and Luqman.


Dah nak dekat maghrib baru kami balik. Lapang otak dapat tengok laut. Malam ada agenda lain pulak. Agenda mengembek bersama sup kambing ;p

post signature