Edisi open house di hujung tanduk🙂 Hari ni Kelab Keluarga PTP (KKPTP) punya open house. Majlis dari pukul 5-8pm. Kebetulan En. Nazir kerja siang, jadi kami pergi sama-sama. Dalam pukul 6 kami gi. Saya dari office bersaing dengan Nazam and Ijal. Zaza and Siti tak nak ikut.

Ramai juga staff yang datang. Nak ambil makanan pun kena queue panjang. Kami ambil otak-otak, kambing bbq dan soto. Kambing ada 6 ekor. Tak pasti dah berapa ekor yang habis. Yang saya nampak ada lagi tergolek2 kena panggang. Sangat sedap bila dicicah dengan black pepper sauce, tapi macam nak tercabut gigi mengunyah🙂

Soto pun boleh tahan sedap. Sate daging lembu dan otak-otak pun ok lah. Cuma sate ayamnya agak ganjil. Kata En. Nazir “sate ayam kunyit” hehehe~ Apa pun yang penting makan free memang sedap dan mengenyangkan (alasan kukuh untuk menjadi malas masak bila balik rumah nanti ;p) Banyak lagi makanan tapi tak larat nak makan semua. Dagu dah berlapis ni bawak2 insaflah sikit Hair Knee oiii~

Sempat lagi berposing kat tengah2 padang. Kalau ada budak training bola sepak confirm saya dah kena baling dengan bola tadi. Ok itu saja kisah mengenyangkan perut saya petang ini~

post signature