.. entah la yek.

Kadang-kadang tak faham dengan perangai segelintir manusia ni.

Bila senang, dia buat tak tahu je dengan kita. Siap nak k’rek2 segala bagai. Apa dia ingat dia besar sangat ke dia tu? Tapi bila dia susah keluarlah ayat semanis madu, madu pun tak manis macam ayat dia tu. Sabar je lah.

Rasa macam malas nak layan. Tapi.. saya bukanlah sezalim itu. Masih boleh menjadi manusia yang waras.

Cuma makan hati berulam jantunglah tengok orang macam ni.

Tak pe lah yang penting saya ikhlas buat baik dengan orang. Tak mengharapkan apa2 balasan. Jangan memperdajalkan saya sudah. Memang nak kena dush2 la jawabnya.

Kalau orang buat baik kat kita, kita balas juga yang baik.. Kalau orang buat jahat, haaaa.. tunggulah pembalasan si pitung jap lagi🙂 hisyhhh.. tak ada la. Biarlah Allah yang balas setiap perbuatan baik dan buruk kita tu. Jangan nak pandai2 judge orang k. Hermmm.. apalah yang saya melalut ni.

post signature